Total Pageviews

Thursday 22 March 2012

5 Penjaring Terbanyak Dalam Kejohanan Eropah

Kejohanan Euro 2012 akan berlangsung tidak lama lagi dan sebanyak 16 pasukan terbaik di seluruh Eropah akan membawa barisan pemain terbaik mereka di bumi Poland dan Ukraine.Striker seperti David Villa,Miroslav Klose,Klaas Jan Huntelaar dan Wayne Rooney pasti akan menjadi tumpuan para peminat.Mari kita lihat siapa yang paling banyak menjaringkan gol dalam sejarah kejohanan ini.



1.MICHEL PLATINI(PERANCIS/9 GOL)
Antara pemain paling berbakat pada era 80an,Platini hanya beraksi sekali sahaja dalam kejohanan Euro iaitu pada tahun 1984 di mana dia mengemudi negaranya muncul juara.Dia menjaringkan sembilan gol daripada lima perlawanan,satu rekod yang gagal ditandingi oleh mana-mana pemain.Dia dua kali melakukan hatrik dalam proses itu dan menjaringkan satu gol dalam final menentang Sepanyol.Platini memegang rekod sebagai penjaring terbanyak Perancis sepanjang zaman dengan 41 gol sebelum dipintas oleh Thierry Henry pada tahun 2007.

2.ALAN SHEARER(ENGLAND/7 GOL)
Striker terbaik England pada era 90 an,Shearer memukau rakyat England melalui penampilan bertenaga sewaktu Euro 1996.Dia menjaringkan lima gol daripada lima perlawanan hanya untuk menyaksikan pasukannya tumbang kepada Jerman melalui penentuan penalti pada separuh akhir.Empat tahun kemudiannya,Shearer menjaringkan dua gol namun England gagal melepasi peringkat kumpulan.Golnya sewaktu perlawanan menentang Romania merupakan gol dan aksi terakhirnya untuk England.Dia bersara dengan rekod 30 gol daripada 63 penampilan.

3.NUNO GOMES(PORTUGAL/6 GOL)
Striker tinggi lampai ini mencuri tumpuan sewaktu Euro 2000 apabila menjaringkan empat gol untuk negaranya yang mara ke separuh akhir.Dia ialah pemain tunggal Portugal yang berjaya meledak dalam saingan suku dan separuh akhir.Gomes menjaringkan satu gol sewaktu kemenangan 1-0 ke atas Sepanyol pada Euro 2004 di mana Portugal muncul naib juara.Empat tahun kemudiannya,dia masih mewakili negaranya dan menjaringkan gol sewaktu kekalahan 3-2 kepada Jerman di separuh akhir.

4.PATRICK KLUIVERT(BELANDA/6 GOL)
Meskipun sering mencetuskan masalah,tiada siapa yang boleh menafikan bakat Kluivert.Selepas hanya menjaringkan satu gol di  Euro 96 kerana kecederaan lutut,dia mengganas di Euro 2000 apabila menjaringkan lima gol termasuk hatrik sewaktu membelasah Yugoslavia 6-1 di suku akhir.Empat tahun kemudiannya,dia turut dipilih mewakili Belanda namun langsung tidak diberi peluang bermain.Dia kekal menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Belanda sehingga hari ini,dengan rekod 40 gol.

5.THIERRY HENRY(PERANCIS/6 GOL)
Sewaktu Perancis muncul juara pada 2000,Henry ialah penjaring terbanyak pasukan dengan tiga gol.Pada 2004,dia berjaya menjaringkan dua gol namun Perancis tersungkur kepada bakal juara,Greece di suku akhir.Empat tahun kemudiannya,Henry bertindak sebagai kapten pasukan namun mendapati persaraan Zinedine Zidane telah melemahkan pasukan dan dia hanya menjaringkan satu gol.Henry kekal sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk negaranya(51 gol) dan kelabnya,Arsenal(227 gol).

 ***nota:Ruud van Nistelrooy dari Belanda turut memiliki rekod menjaringkan enam gol dalam kejohanan Euro.








No comments:

Post a Comment