Total Pageviews

Thursday 22 March 2012

5 Sebab Mengapa Manchester United Akan Muncul Juara Liga Inggeris

Man Utd(MU) kini kekal berada di tangga teratas Liga Perdana Inggeris(LPI) dengan kelebihan satu mata terhadap seteru utama,Man City.Dengan hanya berbaki 9 perlawanan,kedua-dua pasukan pasti tidak mahu mengalah dan melakukan sebarang kesilapan yang boleh memusnahkan impian mereka untuk bergelar juara.

1.Chicarito Kembali Meledak Dan Valencia Sembuh Sepenuhnya
Javier Chicarito Hernandez mendapati musim keduanya di Old Tradford lebih mencabar dan kecederaan yang dialami pada awal musim telah menjejaskannya.Bagaimanapun dia telah kembali bangkit sejak tahun baru dengan beberapa jaringan gol.Sehingga kini,dia telah menjaringkan 10 gol daripada 23 penampilan.Luis Valencia turut kembali dengan bergaya setelah berehat sebulan kerana kecederaan harmstring.Pengurus Barcelona,Pep Guardiola menganggapnya sebagai pemain sayap kanan terbaik di dunia.

2.Pertahanan Yang Lebih Mantap
Barisan belakang MU memang bermasalah musim ini iaitu dengan kecederaan.Kapten,Nemanja Vidic dijangka tidak dapat bermain sehingga musim berakhir.Selepas beberapa aksi goyah pada permulaan dan pertengahan musim,barisan pertahanan United yang diketuai Rio Ferdinand,Jonny Evans,Phil Jones serta Chris Smalling dilihat semakin mantap dan bertahan dengan cukup baik.Aksi penjaga gol muda David De Gea juga kian meningkat saban minggu.

3.Motivasi Untuk Mendapatkan Satu Trofi
Umum mengetahui MU kini hanya memiliki satu peluang untuk menamatkan musim tanpa tangan kosong iaitu dengan memenangi liga.MU telah terkeluar dari Liga Juara Juara,Liga Eropah,Piala FA dan Piala Carling sekaligus menimbulkan sedikit kerisauan di wajah peminat.Bagi kelab seperti MU,ia adalah janggal untuk menamatkan musim tanpa sebarang medal kemenangan dan mereka pasti akan berusaha keras untuk mendapatkannya.

4.Man City Lebih Tertekan
Pemilik City,Sheikh Mansour telah melaburkan berjuta-juta pound untuk pembelian pemain sejak berkuasa pada tahun 2008.Bagaimanapun,setakat ini hanya Piala FA yang mampu dimenangi oleh City dan dia amat terdesak mahukan kejuaraan liga.Roberto Mancini wajib memenangi liga memandangkan dia memiliki ramai pemain hebat dalam pasukannya-Sergio Aguero,Carlos Tevez,Yaya Toure,Mario Balotelli,Samir Nasri,Vincent Kompany dan ramai lagi.

5.Sir Alex Ferguson
Tiada siapa yang lebih arif mengenai perjalanan untuk memenangi liga berbanding Sir Alex.Dia mengemudi MU memenangi 12 kejuaraan LPI sejak ianya diperkenalkan pada musim 92/93.Pasukannya akan sentiasa membuat permulaan perlahan di awal musim sebelum mula mengganas menjelang penghujung musim.Ia kelihatan seperti skrip yang sama musim ini dan kita juga melihat tindakan bijak Fergie menarik Paul Scholes untuk keluar dari persaraan.

1 comment: